Kekejangan otot merupakan sebuah fenomena di mana otot pada tubuh badan kita mengalami pengecutan (“contractions”) secara tidak terkawal dan langsung tidak relaks.
Apabila berlaku kekejangan otot, individu yang terlibat akan berasa otot mereka kecut lalu berasa sakit yang terlampau.
Secara amnya, kekejangan otot boleh menyebabkan anda sukar menggunakan otot yang kejang buat sementara waktu.
Otot yang selalunya mengalami masalah kekejangan ini ialah otot pada betis, paha, punggung, dada serta tangan. Ini kerana otot-otot inilah yang sering kali digunakan secara berlebihan oleh orang tetapi gagal melakukan sedikit aktiviti renggangan/”stretching” otot sebelum digunakan.
Penyebab/ punca kekejangan
Tidak "warm-up"
Otot keletihan /terlebih guna
Otot kekurangan oksigen
Kekurangan air/”Dehydration”
Kekurangan mineral dalam badan
Kelemahan otot yang kurang aktif/ kurang menggunakan otot tersebut
Komplikasi kecederaan otot lama
Otot ketat(tidak flexible)
Memakai kasut tumit tinggi untuk tempoh lama
Diet yang tidak seimbang
Peredaran darah tidak berjalan dengan lancar
Mereka yang lebih berusia
Masalah perubatan.
Faktor risiko
Mereka yang lebih berusia cenderung untuk kehilangan jisim otot, maka otot yang tinggal mudah mendapat tekanan.
Atlet
Kehamilan
Masalah perubatan.
Langkah pencegahan.
Elakkan daripada dehidrasi. Minum banyak air setiap hari.
Haba atau sejuk. Gunakan tuala panas atau pad haba pada otot yang kejang. Basahkan otot yang kejang dengan air suam. Kemudian, apabila kekejangan berkurang, urut otot yang kejang dengan ais ia mungkin dapat melegakan rasa sakit.
Elakkan atau kurangkan pengambilan alkohol atau kafein.
Amalkan pemakanan yang sihat (terutamanya jika anda hamil) yang kaya dengan kalsium, kalium, dan magnesium.
Elakkan meningkatkan jumlah latihan yang diperolehi sesuka hati dan memperbanyakkan senaman anda setiap minggu.
Meningkatkan tahap kecergasan fizikal
Lakukan regangan otot.
Ubat @suplimen yg perlu diambil oleh
Any medicalconsume